Thursday, December 8, 2022

Bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak meninggal dunia

Secara Rawak

KUANTAN: Bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Talib Jamal meninggal dunia semasa menjalani rawatan dialisis di sebuah klinik di sini, semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan Talib, 65, yang telah menetap di daerah ini sejak empat tahun lalu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.30 tengah hari.

“Jenazahnya dibawa ke surau IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuantan untuk disempurnakan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bukit Ubi di sini,” katanya seperti dipetik Bernama.

Allahyarham dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak pada 1 Mac 2004 dan bersara pada Sept 2007 serta menerima Anugerah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang pada 7 Sept 2007 yang membawa gelaran Datuk.

Allahyarham yang berkelulusan ijazah kejuruteraan dan ijazah sarjana dalam Kejuruteraan Mekanikal, menyertai pasukan polis sebagai Inspektor Percubaan pada 1970.

Antara jawatannya sebelum ini ialah Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Polis pada 1999 dan Timbalan Pengarah Lojistik (Kewangan/Bekalan/Perolehan) pada 1997.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru