Monday, August 15, 2022

Remaja maut dirempuh van pada petang Krismas di Simunjan

Secara Rawak

SERIAN: Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Krismas bertukar pilu apabila anak lelaki mereka maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Serian-Sri Aman dekat sini.

Pemangku Timbalan Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Asisten Superintendan Mathew Manggie berkata, insiden berlaku sekitar jam 5.30 petang semalam.

“Ketika kejadian, mangsa, yang juga remaja berusia 16 tahun sedang memasuki simpang di Kampung Jirok, Telagus sebelum dirempuh oleh sebuah van dari arah bertentangan.

“Pemandu van tersebut berkata, dia yang sedang memandu menuju ke Sri Aman tidak sempat mengelak kerana motosikal itu membelok secara mengejut dan tiba-tiba.

Impak kemalangan tersebut kata Mathew, menyebabkan mangsa mengalami luka parah sebelum disahkan meninggal oleh pasukan paramedik.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Serian untuk proses bedah siasat.

“Pemandu van yang berusia 53 tahun dari Bintangor tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa yang menunggang Yamaha Legenda kemudian dikenal pasti sebagai Ericson Kennedy, seorang pelajar dari Kampung Telagus, Simunjan.

“Punca sebenar nahas masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru