Thursday, September 23, 2021

Polis tahan kanak-kanak 12 tahun disyaki edar dadah

Mesti baca

KUNAK: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang baru mengambil keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bulan lalu ditahan di sebuah rumah di Kampung Jaya Baru, malam tadi, selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, murid tahun enam itu dipercayai dijadikan ‘keldai dadah’ selain sebagai orang tengah yang aktif mengedar dadah sekitar daerah Kunak.

budak-12-thn-syabu-0000Katanya suspek yang ditahan pada jam 11 malam semalam duduk di sofa di ruang tamu rumah itu sambil memegang satu beg kecil mengandungi enam paket plastik lut sinar pelbagai saiz yang di dalamnya berisi ketulan hablur jernih disyaki syabu seberat tujuh gram.

“Turut ditemui wang tunai RM60 yang disyaki hasil daripada jualan dadah,” katanya.

Mohd Nasaruddin juga berkata, siasatan mendapati suspek terbabit dalam aktiviti penjualan dan pengedaran bahan terlarang itu sejak hampir setahun lalu.

Susulan itu katanya, pihak polis akan menjalankan siasatan terperinci untuk mengesan dalang sebenar dan sindiket yang menggunakan kanak-kanak sebagai keldai dadah.

“Selain itu, kita akan memburu individu yang membekalkan bahan terlarang itu kepada suspek,” katanya.

Suspek bersama barang rampasan dibawa ke IPD Kunak untuk siasatan lanjut. – Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru