Pesawat tentera Rusia terhempas: 92 penumpang dan anak kapal dikhuatiri terkorban

0
6

MOSCOW: Pesawat tentera Rusia, Tu-154 disahkan terhempas selepas helikopter penyelamat menemukan serpihan pesawat itu di Laut Hitam.

Berdasarkan maklumat awal, seramai 92 penumpang dan anak kapal menaiki pesawat itu dan menurut laporan media dan agensi berita antarabangsa, berkemungkinan kesemua mangsa di dalamnya terkorban dalam kejadian berkenaan.

Pesawat berkenaan membawa anggota tentera Rusia termasuk kumpulan koir dan penari yang dibawa ke Syria untuk sambutan Hari Krismas.

Sumber kementerian berkata, pesawat hilang kira-kira 20 minit sejurus berlepas dari Sochi kira-kira jam 5.20 pagi waktu tempatan dan hilang hubungan kira-kira 5.40 pagi.

Serpihan pesawat itu ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari persisiran pantai Rusia pada kedalaman 50 hingga 70 meter.

Sembilan orang wartawan stesen TV Rusia dan aktivis kemanusiaan terkemuka Rusia, Elizaveta Glinka, yang turut dikenali sebagai Dr Lisa, dilaporkan antara penumpang pesawat malang itu. – Sarawakvoicerussia-crash00

russia-crash02 russia-crash01