Netanyahu marahkan AS, tidak sokong Israel di PBB

TEL AVIV: Buat pertama kalinya dalam sejarah politik, Israel terkejut apabila Amerika Syarikat (AS) tidak menggunakan kuasa veto membantah resolusi Dewan Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang mendesak Israel menghentikan pembangunan pemukiman Yahudi di Palestin, Jumaat lepas.

Selama ini, AS kerap melindungi kepentingan Israel di PBB melalui kuasa vetonya, tetapi kali ini ia mengambil sikap berkecuali.

Netanyahu mengecam jalan yang dipilih AS itu dan menyifatkan keputusan tersebut sebagai memalukan.

Israel yang marah dengan resolusi 15 negara anggota dalam Dewan Keselamatan itu bertindak balas menghentikan bantuan dana untuk PBB.

Malaysia, New Zealand, Senegal dan Venezuela antara negara yang mengusul untuk mengutuk pendudukan Israel di tanah milik rakyat Palestin.

Mengutip Reuters pada Ahad, Netanyahu berkata, “saya mengarahkan Kementerian Luar menilai semula hubungan kami dengan PBB, termasuk sumbangan dana untuk PBB dan kedudukan perwakilan PBB di Israel.”

Netanyahu berkata, beliau mengarah agar dihentikan bantuan sekitar 30 juta shekel (RM35 juta) untuk lima badan PBB yang bermusuhan dengan Israel tanpa menyebut badan PBB yang dimaksudkan. – Sarawakvoice