Monday, August 8, 2022

George Michael “Careless Whisper” meninggal pada usia 53 tahun ketika sambutan Krismas

Secara Rawak

LONDON: Dunia hilang sebutir bintang nyanyian apabila penyanyi British yang terkenal dengan lantunan “Careless Whisper”, George Michael, 53 tahun meninggal dunia semalam.

Menurut pegawai publisitinya, artis yang popular pada era 1980-an itu meninggal dengan tenang di kediamannya.

george-michael-0000“Dengan kesedihan yang amat, kami mengesahkan bahawa anak, abang dan rakan yang amat kita sayangi, George telah meninggal dengan tenang di kediamannya ketika sambutan Krismas,” kata kenyataan tersebut.

Menurutnya lagi, keluarga mendiang memohon diberikan ruang untuk menghadapi saat sukar dan penuh emosi kini.

“Kerana itu tidak ada ulasan lanjut akan diberikan pada saat ini,” katanya lagi.

Michael lahir pada tahun 1963 dengan nama asal Georgios Kyriacos Panayiotou, mencipta kemasyhuran pada awal 1980-an melalui kumpulan pop Wham!, sebelum melancarkan album solo yang bukan sahaja mencipta tahap platinum malah membolehkannya membawa pulang dua anugerah Grammy.

Menerusi album solo ini, Michael yang juga seorang gay, membina kejayaan melalui rentak R&B, dan berjaya memukau menerusi album “Faith” dan “Freedom ’90. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru