MIRI: Parti Tindakan Rakyat (DAP) bakal berhadapan detik paling sukar dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan datang, kata bekas pemimpinnya, Fong Pau Teck.

Dalam pertemuan dengan sarawakvoice.com, Pau Teck berkata rakyat semakin muak dengan parti tersebut yang “cakap tidak serupa bikin”.

fong-pau-teckDi Sarawak, ia semakin tidak mendapat tempat dan ini terbukti dalam Pilihan Raya Negeri lalu, jelasnya.

“DAP hanya tahu menyalak, tetapi tidak pernah bertindak seperti yang mereka kata.

“Dan rakyat Sarawak semakin muak dengan mereka,” katanya yang mula menyertai DAP sejak tahun 2002 sebelum dipecat selepaa memenangi Dewan Undangan Negeri Pujut pada 2011.0

Pau Teck, 47, kini menyertai Parti Bumi Kenyalang berkata, parti asal “Malaya” itu juga semakin tidak diyakini.

“Ini kerana kiblat perjuangan mereka masih berteraskan Malaya dan bukan memperjuang hak Sarawak.

“Justeru apabila mereka mengata, mencerca dan mengutuk UMNO, mereka pun tidak lebih dan tidak kurang.

“Hanya tukar baju dan salin kulit. Perjuangan mereka tetap sama, neokolonis,” tegasnya.

Kerana itu katanya, DAP Sarawak pimpinan Chong Chieng Jen amat gentar dengan pergerakan seperti Sarawak For Sarawakian (S4S) yang semakin mendapat tempat dalam rakyat negeri ini.

“Kita memiliki lebih sejuta penyokong ketika ini, dan mereka menyerap semangat Sarawak untuj rakyat Sarawak,” tegasnya. – Sarawakvoice