Assad, Putin bangga hancurkan Allepo, usir penduduk jadi pelarian

0
2

DAMASCUS: Presiden Syria Bashar al-Assad berbangga atas kejayaannya menjatuh dan menghancurkan Aleppo serta mengusir penduduknya menjadi pelarian.

Assad menelefon Vladimir Putin dan mengucapkan terima kasih atas bantuan presiden Rusia itu membebaskan Aleppo dari kumpulan yang dituduhnya sebagai “pengganas”.

Assad kini mengawal sepenuhnya wilayah Aleppo barat.

Assad dan Putin membincangkan langkah selanjutnya menangani politik Syria.

Agensi berita SANA melaporkan pada Sabtu bahawa Assad menganggap kemenangan di Aleppo membuka jalan bagi kerja politik di Syria.

Assad mahu agar banyak pihak yang menghalang proses politik agar bergabung dan bekerjasama dengan politiknya.

Akhbar Kremlin melaporkan, bagi Putin usaha sekarang berfokus pada isu damai serta kesepakatan penyelesaian jitu dari krisis Syria.

Pada Jumaat lepas, Menteri Pertahanan Rusia Sergey Shoigu melaporkan kepada Putin bahawa pejuang sudah keluar dari Aleppo.

Aleppo merupakan antara kota terbesar di Syria yang menjadi medan tempur dalam perang antara tentera pro-Assad menentang pejuang pemberontak yang mahu menggulingkan Assad semenjak 2012.

Pertempuran sengit bertahun-tahun itu menyebabkan banyak kematian dan kehancuran berlaku di Aleppo. – Sarawakvoice