JAKARTA: Presiden Joko Widodo biasanya bersikap tenang tetapi apabila ada pihak yang menyebarkan kini terdapat 10 juta warga China bekerja di negara itu beliau ternyata berang.

Bagi mengajar individu atau kumpulan yang menyebarkan fitnah dan tidak bertanggungjawab itu Presiden yang lebih mesra dipanggil Jokowi itu mengarahkan pihak polis menangkap penyebar fitnah dan khabar angin itu.

Jumlah 10 juta warga China yang disebarkan itu, kata beliau bukannya pekerja tetapi pelancong.

Sambil menegaskan warga China tidak berminat bekerja di Indonesia kerana gaji rendah
Jokowi berkata jumlah pekerja China yang kini berada di negara itu masih lagi rendah berbanding di negara lain termasuk di Malaysia.

Bercakap kepada media di Jawa Barat, Jokowi berkata beliau perlu menjelaskan perkara itu bagi memastikan khabar angin tidak terus tersebar.

“Jika tidak punya data, jangan sebarkan khabar angin hingga boleh kelirukan rakyat dan cetuskan kemarahan,” katanya. – Sarawakvoice