SARATOK: Sikap toleransi dan kesederhanaan dalam amalan beragama di Sarawak menjadi teras utama perpaduan rakyat berbilang kaumnya.

“Hari ini, kita menyambut setiap perayaan yang diraikan oleh setiap kaum yang tinggal di negara ini dengan penuh aman dan harmoni,” kata Ahli Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom.

Tanpa perasaan ragu-ragu dan halangan, rakyat pelbagai kaum di Sarawak menyambut perayaan dengan meriah membuktikan membuktikan perpaduan negara kita amat kukuh, kata Mawan.

Bercakap pada sambutan Krismas di Rumah Kumbong, Sungai Ruan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Kumbong Sungai Ruan, Mawan mengajak rakyat terus melapangkan minda dan membuang sikap dengki, iri hati dan sebagainya demi kebaikan semua.

Beliau mengingatkan rakyat pelbagai kaum agar meneruskan sikap baik ini sampai bila-bila dalam kehidupan berkomuniti pelbagai bangsa dan agama.

Mawan berkata rakyat negara ini bertuah kerana dasar diamal kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pemerintahannya memberi banyak kebebasan kepada rakyat.

“Ini termasuk amalan beragama, kebebasan berkunjung, kebebasan meraikan apa-apa perayaan,” kata Mawan. – Sarawakvoice