LAGOS: Kerajaan Nigeria merampas lebih 100 kampit beras plastik yang diseludupkan ke negara berkenaan ketika harga barang naik sempena Krismas dan Tahun Baru.

Menurut AFP pada Ahad, kampit beras seberat 50 kilogram dengan tanda niaga “Best Tomato Rice” itu mempunyai tarikh pengeluaran berjaya dirampas sebelum beredar di kedai-kedai.

“Kami memeriksa beras plastik itu. Setelah direbus, beras itu melekat. Hanya Tuhan yang tahu hal terjadi jika benda itu dimakan manusia,” kata pegawai di bahagian cukai, Mohammed Haruna.

Inflasi yang dihadapi Nigeria, memaksa harga bahan makanan, termasuk beras di Nigeria naik mendadak.

Harga sekampit beras seberat 50 kilogram di Nigeria kini hampir dua kali ganda berbanding setahun lalu.

Pada 2015, beras plastik China menyebabkan beberapa negara Asia, termasuk Indonesia, India dan Vietnam heboh.

Beras plastik dibuat dengan campuran kentang, kentang manis dan resin sintetis yang dapat merosakkan sistem pencernaan manusia jika dimakan. – Sarawakvoice