TENNESSEE, Amerika Syarikat: Atas tuduhan merogol dan merompak jirannya, seorang lelaki dipenjarakan selama 31 tahun.

Namun, lelaki itu, Lawrence McKinney  sebenarnya tidak melakukan kesalahan itu.

Mulai disumbat ke dalam penjara ketika berusia 22 tahun pada 1978, dan menerima hukuman penjara selama 115 tahun selepas, Lawrence dibebaskan pada 2009.

Dia dibebaskan selepas laporan DNA membuktikan dia tidak terbabit dalam kes berkenaan.

Namun segalanya sudah terlambat, dan masa beliau berada di sebalik jeriji besi tidak dapat diganti.

Pihak berkuasa, menurut laporan Fox 5 telah memberi  ‘ganti rugi’ sebanyak AS$75 (RM335.55) kepada Lawrence.

Lawrence tentu tidak berpuas hati. Maka, beliau telah mengemukakan petisyen bagi mendapatkan ganti rugi daripada kerajaan sebanyak AS$1 juta. – Sarawakvoice