NEW DELHI: Hemant Paliwal, 36 bersama rakannya, sepanjang empat tahun terakhir secara rutin meminum urin lembu.

Hermant dan rakannya turun menyiram lembu pada wajah dan tangan, dua kali sehari.

Menurut Express pada Jumaat, Hermant dan rakan bekerja di ladang lembu di Desa Udaipur, Rajasthan, India Barat.

Hemant mengaku mengalami penyakit paru-paru dan kerap batuk tetapi, dia dan rakannya tidak pernah menemui doktor selepas mengamal meminum urin lembu berkenaan.

“Sebelum ini muka saya berjerawat, sejak minum kencing sapi, jerawat itu hilang,” ujar Hermant.

Yogesh Paliwal, 32 yang juga gemar meminum urin lembu berkata, urin berkenaan sudah biasa dijual beli di India.

“Air kencing lembu dijual di pasar raya India, tapi kami tak perlu membelinya, sebab banyak lembu di desa,” kata Yogesh yang mengaku dia sembuh dari asma yang dihidapi bertahun-tahun selepas mengamal minum urin lembu.

Yogesh juga mengaku, kaum wanita turut meminum urin lembu untuk menghilangkan jerawat di wajah. – Sarawakvoice