JOHANNESBURG: Ketika ibunya mabuk berparti di luar, seorang bayi perempuan berusia tiga bulan yang ditinggalkan sendirian diratah hidup-hidup oleh tikus gergasi di rumahnya di kawasan perumahan miskin di East Rand.

Daily Mail, melaporkan si ibu berusia 26 tahun terkejut terkejut apabila pulang ke rumahnya mendapati bayinya sudah meninggal dunia dibaham tikus gergasi di katilnya.

Seorang jiran yang menyaksikan keadaan bayi tersebut menceritakan, lidah, mata dan jari bayi tersebut semuanya dimakan tikus.

Selain anggota badan yang hilang, mayatnya yang masih tinggal itu juga turut mempunyai kesan gigitan tikus.

15542345_1360524660635942_3214280882206493703_n

Kejadian tersebut mendatangkan kemarahan kepada jiran yang mahu ibu muda itu “reput di penjara”.

Seorang lagi bayi lelaki yang merupakan kembar kepada mangsa terselamat kerana dibawa bersama ibunya ketika keluar ke pesta terbabit.

Tuan rumah, Mama Sesi Mtshali berkata mengaku di kawasan itu terdapat banyak tikus besar.

Dia berkata, wanita tersebut selalu meninggalkan bayinya sendirian sepanjang malam sehingga bayi tersebut menangis sampai tertidur sendiri.

Noluthando Mtshali, anak perempuan tuan rumah tersebut berkata, wanita yang menyewa awal tahun ini, gemar keluar untuk berpesta.

Polis Katlehong, Kapten Mega Ndobe mengesahkan wanita terbabit ditahan dan dia sedang mabuk ketika kejadian berlaku.

Sebelum ini berlaku beberapa kes serangan tikus gergasi di Afrika Selatan.

Pada 2011 bayi bernama Lunathi Dwadwa mati dimakan tikus di luar Cape Town ketika tidur di lantai bersama ibu bapanya.

Seorang lagi bayi dimakan hidup-hidup di Soweto ketika ibunya keluar bersama rakan.

Warga emas, Nomathemba Joyi, 77, turut meninggal dunia selepas tikus gergasi menyerang mukanya ketika dia tidur. – Sarawakvoice

15585217_1280512125341855_3426626396190574472_o