Wednesday, December 7, 2022

Rizab antarabangsa BNM cecah RM399.7 bilion

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan dalam kenyataannya pada Khamis, rizab antarabangsa BNM mencecah RM399.7 bilion pada 15 Disember 2016 berbanding RM399.643 bilion pada 30 November 2016.

Menurut kenyataan tersebut yang dipetik daripada Bernama, paras rizab berkenaan cukup untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar negara jangka pendek.

Pendetilan bagi komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$89 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.8 bilion).

Manakala, Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.9 bilion).

Aset bank pusat termasuk emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk (SDR) berjumlah (RM399.681 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM3.695 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.502 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.744 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) serta aset lain (RM8.485 bilion).

Liabiliti pula terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM125.149 bilion), mata wang dalam edaran (RM94.774 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM170.132 bilion).

Liabiliti termasuk deposit oleh kerajaan persekutuan (RM4.959 bilion), deposit lain (RM644.125 juta), kertas Bank Negara (RM8.591 bilion), peruntukan SDR (RM7.759 bilion) dan liabiliti lain (RM12.113 bilion). – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru