AS ada 7,100 nuklear, Rusia 7,300 dan Trump sedia menambahnya

WASHINGTON: Berbeza dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama, bakal presiden baru AS Donald Trump dalam kenyataan di Twitter pada Khamis mengatakan bahawa AS perlu membangunkan kekuatan senjata nuklearnya.

Menurut BBC, pendapat Trump ketika ini seiring dengan gagasan Presiden Rusia Vladimir Putin yang mahu memperkuat potensi nuklearnya dan sedia menghasilkan peluru berpandu yang mampu menembusi sistem pertahanan sekarang dan pada masa depan.

Putin bertemu pegawai tenteranya membincangkan kegiatan tentera Rusia sekitar 2016.

Putin melahirkan kegusaannya berhubung pertahanan di sempadan.

Amerika Syarikat memperkuat pertahanannya di timur Eropah yang didakwa sebagai pemantau kepada kekuatan tentera Iran.

Menurut Pertubuhan Kawalan Senjata, Amerika Syarikat memiliki 7,100 senjata nuklear, sementara Rusia mempunyai 7,300. РSarawakvoice