TEL AVIV: Pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat menjelang pelantikannya Januari depan, pasti mengundang beberapa kontroversi melalui dasar politiknya.

Meskipun tidak berhasrat campur tangan secara meluas di luar negara, namun langkah Trump memindahkan pejabat Kedutaan Besar Israel dari Tel Aviv ke Jerusalem, pasti sekali mengundang “perang” besar Israel-Palestin yang tidak pernah padam itu.

Duta Besar Amerika Syarikat di Israel, Ron Dermer menyokong idea Trump itu melalui akaun peribadinya di Twitter pada Selasa lepas.

Dermer, melihat mengikut perspektifnya, pemindahan pejabat Duta Besar AS itu ke Jerusalem menjadi langkah baik menuju perdamaian.

Trump semasa kempen pernah berjanji tidak akan menekan Israel berhubung pelan damai dengan Palestin.

Bahkan, beliau terfikir mahu memindahkan pejabat Duta Besar AS itu dalam kempennya sebelum ini.

Calon Duta Besar AS untuk Israel di bawah kuasa Trump, David Friedman mengaku tidak sabar melaksanakan tugasnya itu di Jerusalem.

Memberi respons atas perkembangan terbaru itu, pegawai senior Palestin, Saeb Erekat mengingatkan AS dan Israel bahawa pemindahan Dua Besar AS ke Jerusalem pasti merosakkan usaha damai keseluruhannya.

Jerusalem menjadi rebutan Israel-Palestin sejak sekian lama.

Kedua-dua negara mendakwa Jerusalem sebagai ibu negara masing-masing.

Israel menjajah Jerusalem timur dari Arab dalam Perang Enam Hari pada 1967.

Israel kemudian menjadikan Jerusalem sebagai wilayahnya yang tidak pernah diperakui oleh masyarakat antarabangsa.

Baru-baru ini Pertubuhan Bangsa Bersatu mengisytiharkan Jerusalem milik Palestin yang sah. – Sarawakvoice