BEIJING: Lelaki terkaya China, Wang Jianlin masih mencari siapa mahu mewariskan empayar bernilai AS$122 bilion (RM564 bilion) miliknya?

Sebelum itu, khuatir kehidupannya akan menjadi seperti ayahnya, Wang Sicong, 28 anaknya menolak untuk mengambil alih kekayaan RM564 bilion milik ayahnya itu.

Jianlin, pengasas dan pengerusi Dalian Wanda Group, mengumumkan anaknya enggan mengambil alih pasar raya, hotel, kelab sukan, taman tema dan harta lain untuk diusahakan.

screen-shot-2016-12-22-at-8-02-18-am

South China Morning Post melaporkan Sicong merupakan pengarah empayar ayahnya dan memiliki 2 peratus saham.

Beliau mengasas Prometheus Capital pada 2011 dan melabur wang di Invictus Gaming, Dining Concept Holdings.

Sicong sebelum ini pernah viral di laman sosial apabila dia membeli dua jam tangan Apple untuk dipakai pada kedua-dua tangan anjingnya.

Menurut Dailymail, Jianlin sudah bertanya kepada anaknya tentang warisan tersebut dan anaknya menolak mengambil alih empayarnya.

Jianlin berkata, “mungkin orang muda sekarang ada pencarian dan keperluan masing-masing. Mungkin lebih baik berikan tugas ini kepada pengurus profesional dan kami hanya duduk melihat mereka jalankan syarikat?” beliau menambah kini sudah mempunyai beberapa calon. – Sarawakvoice