KUALA LUMPUR: Petronas  mengumumkan  syarikat  minyak nasional itu akan mengurangkan sehingga 20,000 tong sehari (bpd) minyak mentah daripada pengeluaran purata negara pada 2016 bermula Januari ini.

Petronas berkata pelarasan secara sukarela ini mengambil kira keadaan dan prospek pasaran semasa.

Langkah ini katanya dalam satu kenyataan, juga merupakan hasil daripada persetujuan yang dicapai di Vienna, Austria, pada 10 Dis 2016 antara Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) dan pengeluar bukan OPEC, katanya.

Mesyuarat itu bersetuju bahawa anggota bukan Opec akan mengurangkan 558,000 bpd selama enam bulan mulai 1 Jan 2017.

Petronas sebelum ini menyatakan komitmennya untuk menyelaraskan pengeluaran minyak mentah untuk mengurangkan bekalan global.