Thursday, December 8, 2022

22 pegawai kanan polis ditukar berkuat kuasa 19 Januari

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab adalah antara 22 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa 19 Januari ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan semalam seperti dipetik Bernama berkata, Abdul Ghafar akan mengambil alih jawatan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman.

Tempat beliau akan diisi oleh Datuk Wira Chuah Ghee Lai yang ketika ini ialah Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman dengan memangku pangkat CP.

Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah SAC Omar Mammah pula akan mengambil alih tempat Chuah.

Kenyataan itu turut memaklumkan Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din akan bertukar jawatan sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dengan memangku pangkat CP dan tempat beliau akan diganti Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abd Jalil Hassan.

Timbalan Pengarah III, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Bukit Aman, SAC Sahabudin Abd Manan akan mengambil alih tempat Abd Jalil dengan memangku pangkat DCP.

Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Datuk Ramli Hassan akan bertukar jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah E1, Cawangan Khas, Bukit Aman manakala juruiring kepada Timbalan Perdana Menteri SAC Datuk Sanusi Sidek akan bertukar jawatan sebagai Pengarah Penyelaras Operasi merangkap Penasihat Kepolisan kepada Timbalan Perdana Menteri.

Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), Cawangan Perjawatan, Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman SAC Datuk Zainal Abu akan dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman.

Beliau menggantikan SAC Shamsudin Mat yang bertukar jawatan sebagai Komandan PULAPOL Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor SAC Datuk Abd Razak Elias akan bertukar jawatan sebagai Timbalan Pengarah III, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Bukit Aman.

Ketua Unit Penguatkuasaan, Seksyen Wang Awam II, Bahagian Dasar Saraan Wang Awam dan Khidmat Pengurusan, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri ACP Mohamad Zulkarnain Abd Rahman akan bertukar jawatan sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dengan memangku pangkat SAC.

Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan Supt Luqman Abdul Rahman akan mengambil alih jawatan Mohamad Zulkarnain dengan memangku pangkat ACP.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru