PM jamin keselamatan pantai timur Sabah tetap jadi keutamaan negara

0
8

LAHAD DATU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan akan terus memberi keutamaan isu keselamatan di Sabah, khususnya di kawasan pantai timur.

Menurut Najib, usaha dan komitmen tinggi kerajaan memastikan keselamatan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) kini menampakkan kejayaan besar.

nr-ld00

Najib berkata kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Jalan Lintas Lahad Datu, bahawa kerajaan serius dan menggunakan apa sahaja cara demi menjamin keselamatan dan melindungi rakyat Sabah.

Kerajaan dalam proses melaksanakan projek Pangkalan Operasi Hadapan (POH) Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) di Lahad Datu bagi menempatkan helikopter pasukan keselamatan di situ.

Najib sendiri melakukan upacara pecah tanah bagi projek bernilai RM16 juta di kawasan seluas 0.48 hektar di Lapangan Terbang Lahad Datu itu pada Mei lepas.

Projek yang dalam pembinaan itu dijangka siap pada Oktober 2017. – Sarawakvoice

nr-ld01