M’sia minta penjelasan China letak aset tentera di tujuh pulau buatan

0
2

SHAH ALAM: Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menulis surat kepada rakan sejawatannya di China, Jeneral Chang Wanquan mendapatkan penjelasan berkaitan dakwaan bahawa China meletakkan aset ketenteraan republik itu di tujuh pulau buatan di Laut China Selatan.

Dakwaan tindakan China itu didedahkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Amerika Syarikat, Inisiatif Ketelusan Maritim Asia (AMTI) baru-baru ini.

Hishammuddin berkata, Kementerian Pertahanan di Mindef menerusi TLDM berfungsi memantau kehadiran aset ketenteraan negara asing di dalam wilayah Malaysia.

screen-shot-2016-12-20-at-8-36-59-am

Hal ini menurut beliau, jika tidak dibendung, boleh menimbulkan ketegangan antara satu sama lain.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penghargaan sukarelawan Institut Onn Jaafar (IOJ) pada Ahad, Hishammuddin berkata penyebaran maklumat berkaitan insiden melibatkan Asean terutama menerusi media sosial dipantau bagi mengelak timbulnya polemik antara negara Asean.

Hishammuddin diminta mengulas berkaitan rampasan drone bawah laut milik tentera AS di perairan antarabangsa oleh tentera China baru-baru ini,.

Beliau berkata Malaysia berpendirian hanya perpaduan konsisten 10 negara Asean dapat memastikan isu di rantau ini khususnya membabitkan Laut China Selatan tiada campur tangan geopolitik kuasa besar dunia.

Dalam hal ini Hishammudin mengambil contoh inisiatif perjanjian Malaysia-Indonesia-Filipina berkaitan keselamatan dan pertikaian Laut Sulu yang sekali gus dapat mengelak campur tangan kuasa besar.

“Kita tak mampu berhadapan kuasa besar dunia melainkan gabungan dan gandingan sesama negara Asean,” ujar beliau. – Sarawakvoice