Krisis Syria: Cari jalan penyelesaian terbaik

0
4

KUALA LUMPUR: Lajnah Pembangunan ‘Alimat (LPA) Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) melahirkan rasa simpati terhadap nasib umat Islam di Aleppo, Syria yang menjadi mangsa pertempuran antara para penentang rejim Bashar al-Assad dengan kerajaan Syria berserta tentera Rusia dan Iran.

Justeru, Pengerusinya, Ana  Mastura Ismail berkata,  LPA menyokong penuh Pas menjadi perantara melalui Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia supaya negara-negara Islam dapat berunding mancari penyelesaian terbaik kepada permasalahan di Syria.

“LPA turut mendesak diberi laluan untuk bantuan kemanusiaan masuk ke bandar itu. Ini membolehkan rawatan kecemasan, makanan dan minuman yang bersih diberikan, serta pemindahan mangsa yang tercedera dilakukan segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berharap agar umat Islam seluruhnya terus berdoa dan memberi sumbangan bagi membantu saudara seagama yang terkepung serta disembelih beramai-ramai di Syria.

“Marilah kita bergabung membentuk kekuatan umat Islam seluruh dunia bagi menghentikan kezaliman di Aleppo, Syria,” ujarnya lagi. – Sarawakvoice