Sunday, December 5, 2021

Tiga lagi jambatan bakal dibina di Sarawak

Secara Rawak

SADONG JAYA: Dalam tempoh terdekat, Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutan dalam fasa rundingan membina tiga lagi jambatan yang membantu memperkasa jaringan jalan pesisir pantai di Sarawak.

Manakala, pembinaan Jambatan Batang Lupar merupakan projek kerjasama Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata melalui teks ucapannya yang dibaca oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg pada Majlis Perasmian Jambatan Batang Sadong pada Ahad, Kerajaan Negeri mengalu-alukan usaha Kerajaan Persekutuan menyalur peruntukan untuk pembangunan prasarana di Sarawak.

Pada upacara perasmian yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu, Adenan berkata memandangkan negeri Sarawak luas dan besar, ia memerlukan peruntukan besar bagi  menyediakan prasarana untuk kepentingan rakyat.

Sebelum itu, Abang Johari mengatakan Perdana Menteri sentiasa membawa “hadiah besar” untuk Sarawak.

Beliau menyifatkan hubungan Perdana Menteri sangat akrab dan kukuh sebagai satu pasukan bersama Ketua Menteri.

Bagi Abang Johari, Sarawak mendapat manfaat besar hasil hubungan baik ini. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru