China sedia kembalikan drone AS yang dirampas minggu lepas

0
3

BEIJING: China bersetuju mengembalikan drone bawah laut milik Amerika Syarikat yang dirampas di perairan antarabangsa.

Jurucakap Pentagon Peter Cook mengatakan pihaknya membantah tindakan kapal perang China yang melakukan rampasan tersebut di Laut China Selatan.

drone-air


”China akan mengembalikan UUV kepada Amerika Syarikat,” ujar Cook menurut laporan CNN.com pada Sabtu lepas.

UUV merupakan drone bawah laut milik AS.

Menteri Pertahanan China Chang Wanquan, menyatakan pihaknya sedia mengembalikan drone tersebut, namun mengkritik AS kerana memperbesar hal tersebut.

Menurut beliau, China dan AS sudah berkomunikasi berkaitan proses pemulangan drone berkenaan.

China bagaimanapun menurut Wanquan, tetap menentang tindakan AS yang menempatkan kapal dan pesawat bagi mengintip China.

“China tetap waspada menghadapi aktiviti AS dan akan mengambil tindakan mengatasinya,” kata Wanquan.

China merampas drone bawah laut milik AS minggu lepas di perairan antarabangsa di Laut China Selatan, sekitar 100 batu dari pelabuhan Filipina di Subic Bay. – Sarawakvoice