Perang Allepo heret Arab Saudi, Turki, AS, Britain, NATO lawan Iran, Rusia, Ukraine

0
4

RIYADH: Arab Saudi dan Turki pro-Sunni mengancam mengerahkan tentera daratnya ke Syria bersedia melancarkan serangan membela pejuang Aleppo.

Sementara, laporan dari Kiev menyatakan, Ukraine turut menimbang menghantar tenteranya.

Sekiranya berlaku pertempuran melibatkan negara luar di rantau tersebut, peperangan akan meletus di antara negara propejuang Aleppo dengan askar Rusia dan Iran yang pro-Basar al-Assad berfahaman Syiah di Syria.

Bayangkan, jika Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) turut terheret ke kancah perang yang pasti memanggil Amerika Syarikat yang pro-Turki dan pejuang Aleppo untuk terlibat sama.

Pakar melihat perang saudara yang berlaku di Yaman juga sudah tercetus melibatkan pergelutan kuasa baru untuk menguasai Asia Barat.

Perang Dingin baru ini bakal menjadi panas jika tentera Saudi bertempur dengan askar Iran di medan perang.

Penyelidik berkata perang proksi antara Arab Saudi dengan Iran meningkat secara mendadak.

Kenyataan Saudi mengerahkan tentera ke Syria mungkin ancaman sahaja bagi memaksa Barat mengambil tindakan lebih serius di Syria.

Namun, jika Saudi benar-benar menghantar tenteranya ke Syria, ini akan menjadi pembukaan pertempuran baru yang boleh merebak menjadi konflik serantau besar-besaran.

Rusia kini menuduh Turki menghimpunkan tenteranya melancarkan serangan ke atas Syria.

Sekumpulan rakyat Turki sudah disahkan menyertai pertempuran di Syria, memerangi tentera rejim Bashar al-Assad.

Permusuhan Rusia-Turki memang sudah wujud sejak ratusan tahun lalu.

Turki anggota NATO dan jika negara itu bertempur, seperti yang hampir berlaku selepas Ankara menembak jatuh pesawat pengebom Rusia tahun lalu, Amerika Syarikat dan Britain pasti menyebelahi Turki. – Sarawakvoice