Saturday, December 3, 2022

Abang Jo: Perpindahan penghuni Darul Hana tiada beban hutang, tanpa bayaran

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perumahan dan Urbanisasi Abang Johari Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengumumkan Kerajaan Negeri minggu lepas meluluskan RM124 juta peruntukan bagi projek pembangunan perumahan Darul Hana.

Justeru, melalui peruntukan tersebut, pembinaan perumahan serta prasarana Darul Hana akan bermula Februari depan.

Ditemui selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul Masjid Darul Aqsa, Kampung Segedup pada Sabtu, Abang Johari mengakui pembangunan Darul Hana bakal memberi manfaat untuk lebih 20,000 keluarga di kawasan Seberang Hilir.

Abang Johari berjanji, penduduk yang berpindah ke perumahan Darul Hana tidak menangung beban hutang atau dikenakan sebarang bayaran.

“Mereka hanya membawa beg dan pindah masuk ke rumah Darul Hana, tiada bayaran dan hutang,” ujar beliau.

Dalam ucapan pada majlis sebelum itu, Abang Johari berkata program Darul Hana melibatkan pembangunan semula 12 kampung tradisi Melayu yang seiring dengan pembangunan bandar raya Kuching.

Melalui perancangan tersendiri pihaknya, urusan pemindahan berjalan lancar dengan kerjasama serta semua pihak. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru