Sunday, December 5, 2021

Kastam gagalkan cubaan seludup arak, rokok bernilai cukai RM8.2 juta ke Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kecekapan Kastam Sarawak berjaya menggagalkan cubaan menyeludup arak dan rokok dengan nilai cukai kira-kira RM8.2 juta di Pelabuhan Senari, di sini pada Rabu.

Bertindak atas maklumat risikan, pegawai dan anggota kastam menemui arak dan rokok yang disembunyikan dalam tiga kontena yang baharu tiba di pelabuhan berkenaan.

Menurut sumber, berdasarkan pengisytiharan kargo dibawa, kontena berkenaan dinyatakan mengandungi pakaian dan barang perhiasan diri, namun maklumat itu agak mencurigakan menyebabkan pemeriksaan lanjut dilakukan.

“Ia kemudian membawa kepada penemuan sejumlah besar arak dan rokok, yang disembunyikan di dalam kontena berkenaan, dipercayai cuba mengelak cukai import yang dikenakan.

Sumber berkata, kesemua arak dan rokok berkenaan didapati tidak memiliki permit import.

“Berdasarkan jumlah rampasan itu, ia dipercayai adalah kes terbesar dicatatkan Kastam Sarawak sepanjang tahun ini membabitkan kejayaan mematahkan cubaan menyeludup rokok dan arak,” katanya.

Difahamkan, satu sidang media akan diadakan di Stor Penguatkuasaan Kastam Sarawak, Demak Laut di sini jam 9 pagi ini berhubung kejayaan itu. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru