Kapal perang China rampas drone bawah air AS, makin tegangkan hubungan

0
1

WASHINGTON: Hubungan tegang AS-China yang kembali tegang dalam beberapa minggu terakhir bertambah “panas” apabila kapal perang China merampas drone bawah air milik Angkatan Laut AS di Laut China Selatan.

Sebelum ini, China marah selepas bakal Presiden AS Donald Trump menyampaikan ucapan selamat kepada Presiden Taiwan Tsai Ing-wen.

China menganggap, ucapan yang disampaikan melalui sambungan telefon itu sebagai pelanggaran atas perjanjian “Polisi Satu China” yang disepakati AS-China 1970-an.

Dalam insiden terbaru yang dilaporkan oleh CNN pada Sabtu, menyebut Pejabat pertahanan Amerika Syarikat melaporkan kapal perang China sengaja merampas drone bawah air milik AS sehingga Washington menuntut agar Beijing mengembalikan drone berkenaan.

drone-air

Pegawai pertahanan AS mengatakan insiden tersebut berlaku di depan mata kru kapal AS, USNS Bowditch yang berlayar sekitar 100 batu dari Teluk Subic, Filipina.

Bowditch berhenti mengambil dua drone bawah air ketika kapal perang China yang mengekorinya menurunkan kapal kecil untuk mengambil salah satu drone tersebut.

Kapal perang China itu tidak menjawab komunikasi radio dari kapal AS yang mengatakan drone tersebut merupakan harta milik AS.

Bowditch dan kedua-dua drone tersebut merupakan kapal yang digunakan untuk penelitian oseanografi AS.

Pejabat AS mendakwa, drone tersebut hanya melakukan pemantauan keadaan laut.

Kapal seperti itu kerap diekori oleh tentera laut China yang mendakwa mereka melakukan pengintipan. – Sarawakvoice