Friday, September 30, 2022

Gas memasak bocor dan meletup, lelaki melecur 65 peratus di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke Unit Kecemasan dan Trauma, sebelum dirujuk ke Unit Lecur Hospital Umum Sarawak selepas melecur 65 peratus bahagian belakang badannya, akibat satu letupan yang berpunca daripada gas silinder LPG awal pagi tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 1.23 pagi dan sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi di Taman Sumber Alam Sanctuary dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya.

“Tiba 11 minit kemudian, pasukan mendapati berlakunya letupan di bahagian dapur rumah mangsa yang mengakibatkan kerosakan yang agak teruk.

“Mangsa, Mohd Faizol Rupni , 40 tahun mengalami kelecuran pada bahagian belakang dan dikejarkan ke hospital oleh orang awam.

Kata Tiong, punca letupan dikenal pasti daripada kebocoran gas LPG yang digunakan untuk memasak.

“Pasukan telah bertindak menutup injap silinder tersebut dan mengalihnya ke luar kawasan rumah.

“Pasukan juga memeriksa struktur rumah pascaletupan untuk memastikan keadaan rumah tersebut selamat.” – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru