Dapat ganda wang: Polis tangkap bomoh tipu 21 orang

BANDUNG: Polis Indonesia membongkar kes penipuan seorang bomoh yang mendakwa dapat menggadakan wang  selepas 21 mangsa mendakwa ditipu lelaki terbabit.

Bomoh yang dikenali sebagai Agus Sadikin atau Agus Domba, 41, menipu  mangsanya dengan mengaku dapat menggandakan wang hingga puluhan kali ganda.

Agus ditahan di kediamannya Kampung Mangunreja, Desa Giri Jaya, Kecamatan Cikajang, Kabupaten Garutpada pada Khamis.

Menurut polis, dijangka mangsa masih banyak. Namun mungkin yang lainnya malu dan takut untuk melaporkan kepada polis.

Selain Agus, turut ditahan ialah Yudhi Permana, 58, yang selama ini membantu beliau mencari mangsa.

“Suspek meyakinkan korban dapat menggandakan wang dengan cara ritual khusus, dijampi-jampi. Mangsa diharuskan memberi mahar dengan jumlah yang bervariasi,” ujar jurucakap polis, Diki Budiman seperti dipetik Serambi Indonesia.

Dalam aksinya, Agus Domba menerima mahar daripada mangsanya.  Wang mahar daripada korban, kemudian dibawa ke salah satu ruangan di kediamannya.

Agus memberitahu media yang meliputi kes itu, kebanyakan mangsa percaya dia mampu menggandakan wang sehingga rela menyerahkan wang kepadanya.

Namun selepas dua tahun, mangsa tidak menerima wang yang digandakan itu.

Bagi meyakinkan mangsa, Agus memberikan barangan hikmat kononnya dapat melipatkan jumlah wang.

“Selama ini para mangsa percaya saja kepada saya. Jadi kalau para mangsa menagih, saya undur-undur waktunya. Biar percaya, korban itu saya kasih cenderamata berupa benda pusaka,” kata Agus’Domba’

Beliau memberikan pelbagai alasan untuk melengahkannya jika ada yang bertanya tentang wang yang digandakan itu. – Sarawakvoice