MyCARE rayu PBB, OIC selamatkan Aleppo

0
4

KUALA LUMPUR: Pengerusi Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata tragedi di Aleppo sangat mencemaskan sejak peperangan enam tahun lalu.

Memetik laporan Astro Awani, Hafidzi berkata Assad mengarah tentera bersama sekutunya tentera Syiah di bawah pengaruh Iran serta bantuan kuasa besar Rusia mengambil alih Aleppo.

Aleppo merupakan pangkalan yang dikuasai Pejuang Pembebasan Syria (FSA).

Menurut Hafidzi sekarang mereka menghukum penduduk Aleppo yang menyokong FSA selama ini.

“Wakil PBB dan wartawan yang berada di lapangan seperti al-Jazeera dan al-Arabia mendakwa tentera Assad masuk ke dalam rumah penduduk serta membunuh mereka ‘on the spot’, tanpa mengira lelaki, wanita dan kanak-kanak.”

Banyak mayat bergelimpangan di jalan ketika penduduk cuba mencari perlindungan di barat Aleppo setelah timur Aleppo jatuh ke tangan tentera Asad.

Hafidzi mengharapkan dunia melakukan sesuatu menyelamatkan penduduk Aleppo, orang tua, wanita dan kanak-kanak.

Hafidzi mahu PBB, OIC serta Liga Arab menghentikan tindakan rejim memusnahkan semua kemudahan awam termasuk hospital, loji bekalan air sehingga penduduk Aleppo kehabisan bekalan makanan terutama roti.

Hafidzi menyeru rakyat Malaysia bersama-sama NGO kemanusiaan Syria menghulur bantuan dan mengurus dana untuk dihantar ke Syria, selain menghantar sukarelawan dalam waktu terdekat.

Dalam pada itu, MyCARE yang selama ini berkempen untuk musim sejuk berjaya mengumpul sekitar 150,000 Euro dan bantuan akan disalurkan kepada penduduk Aleppo secepat mungkin.

Beliau berkata, wakil MyCARE di Istanbul menghantarkan bantuan makanan, ubat-ubatan, pakaian musim sejuk.

Mereka yang mahu menyumbang, bayaran boleh dibuat atas nama Humanitarian Care Malaysia Berhad melalui salah satu akaun berikut:

Maybank Islamic: 5642-5856-0698
CIMB Islamic: 8602-13-5592
Bank Islam: 1209-2010-0349-04

Sila e-mel bukti pembayaran kepada: account@mycare.org.my. – Sarawakvoice