HEBEI : Orang lain yang merogol, tetapi lelaki lain pula yang didapati bersalah dan akhirnya dihukum mati ditembak oleh skuad pemembak pada 1995.
Ini ialah contoh kegagalan mahkamah mejunjung keadilan sehingga memberi kesan besar kepada pasangan suami isteri, Nie Xuesheng dan Zhang Huanzhi.
Nie Shubin telah dijatuhkan hukuman itu 21 tahun lalu kerana kesalahan merogol dan membunuh oleh mahkamah di China.
Kes itu menemui titik perubahan apabila pada 2005, seorang lelaki bernama Wang Shujin mengaku melakukan jenayah yang didakwa terhadap Nie.
Namun siasatan tergantung selepas penyiasatnya ditukar ke jabatan berbeza.
Kini, menurut Shanghaiist, kedua-dua ibu bapa Nie telah mengemukakan tuntutan ganti rugi 13,910,000 yuan (RM8.9 juta) kepada Mahkamah Tinggi semalam.
Mereka turut menuntut semua jabatan yang terbabit dalam keputusan hukuman berkenaan membuat permohonan maaf bertulis. – Sarawakvoice