BORNO: Setengah juta anak di Nigeria diramal menderita kelaparan pada tahun depan dan 80,000 lainnya berisiko mati, jika tidak mendapat bekalan makanan mencukupi.

Nigeria mengalami krisis kemanusiaan yang teruk akibat pemberontakan Boko Haram.

“Krisis menjadi bencana. Mereka (anak Nigeria) tidak mendapatkan ubatan yang sepatutnya. Satu daripada lima orang anak akan meninggal.

download-6

Mengutip Belfast Telegraph pada Rabu, Pengarah Eksekutif Unicef Anthony Lake berkata, “sebahagian besar wilayah Borno benar-benar tidak dapat diakses untuk diberi bantuan kemanusiaan,” beliau menambah ramai kanak-kanak terperangkap di daerah tersebut.

Menurut Lake, sekitar 400,000 anak Nigeria berisiko menderita kelaparan.

Angka ini pula hanya mewakili sebahagian kecil daripada jumlah 2.6 juta pelarian tujuh tahun pemberontakan Boko Haram yang sudah menewaskan sekitar 20,000 jiwa.

Bagaimanapun, Presiden Nigeria Muhammadu Buhari menuduh PBB sengaja memperbesar isu krisis di negaranya bertujuan mengumpul wang sumbangan dalam jumlah yang besar.

Buhari juga menegaskan kerajaannya sudah mengalahkan Boko Haram.

Parlemen Nigeria menyiasat berlaku penyalahgunaan bantuan makanan oleh pegawai kerajaan Nigeria.

Buhari terpilih sebagai Presiden Nigeria pada Mac 2015 dan berjanji menyelesaikan permasalahan Boko Haram dan menghentikan rasuah. – Sarawakvoice