Pencuri dicampak dalam tangki najis

0
22

GUILIN: Seorang lelaki dicampak ke dalam tangki septik selepas mencuri seekor anjing di sebuah kampung.

Menurut Mail Online penduduk kampung menangkap lelaki berkenaan ketika dia cuba mencuri anjing milik penduduk di kampung.

Penduduk kampung tidak memukul si pencuri atau terus menyerahkannya kepada polis, sebaliknya mengambil langkah mencampak suspek ke dalam lubang najis sebagai hukuman.

campak-najis02

Gambar yang dimuat naik menunjukkan lelaki itu dihukum berdiri di tengah kolam najis berkenaan.

Di kelihatan cuba menyembunyikan wajahnya sementara penduduk kampung mengambil gambarnya.

Rayuan lelaki berkenaan supaya dikeluarkan dari lubang najis terbabit tidak dihiraukan oleh penduduk kampung.

Dia hanya dikeluarkan apabila polis tiba mahu menahannya.

Pencuri anjing di wilayah Guangxi Zhuang mempunyai tradisi gemar memakan daging anjing.

Netizen media sosial di China melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pencuri.

Salah seorang menulis: “Mereka sudah bertimbang rasa. Itu pun mereka tidak meminta beliau memakan najis tersebut”.

Seorang lagi menuis: “Dia mungkin tidak berani mencuri apa-apa sepanjang hidupnya.”

Mail Online melaporkan sebelum ini dua pencuri anjing pernah dipukul kejam menyebabkan salah seorang daripadanya maut. – Sarawakvoice

campak-najis01