Nenek sunyi cari cucu angkat, hadiahkan iPhone 7, ajak bercuti

0
4

ZHEJIANG: Siapa mahu menyamar menjadi cucu angkat kepada nenek bernama Li Yanling, 63 yang mengaku dirinya kesunyian.

Syaratnya cucu angkatnya itu mestilah gadis berusia 19-24 tahun dan sedia menemaninya bercuti di Sanya, Pulau Hainan.

Li tinggal di Zhengzhou di tengah China, meluahkan keinginannya itu di laman sosial China dan dia mula menerima tawaran dari netizen.

screen-shot-2016-12-15-at-10-50-30-am

Selain percutian, Li juga menawarkan iPhone 7 bagi individu yang berjaya terpilih menjadi cucu angkatnya.

“Saya tinggal seorang di Zhengzhou. Saya mahu seorang gadis 19 ke 24 tahun menemani saya bercuti, berbual dan berfoto,” kata Li.

Memberitahu Berita CCTV Li berkata, “saya ingin melihat laut di Sanya musim sejuk ini, tetapi khuatir berasa takut dalam perjalanan sendirian.”

Perkongsian Li terus menjadi viral dengan ribuan netizen berebut mahu meneman Li.

Mengejutkan, kerana ramai yang tidak mengharapkan sebarang ganjaran daripada wanita kesunyian itu.

“Saya tak perlukan telefon itu, tapi saya boleh temankan puan.

“Saya akan bayar perbelanjaan saya sendiri, asalkan awak tidak terasa sunyi,” kata seorang netizen.

Li dikatakan tidak hidup sebatang kara.

Li mempunyai seorang anak perempuan yang berpindah ke Kanada, manakala suaminya seorang “hiking” tegar.

Li menjelaskan, “Suami saya ada rakan hiking sendiri, dan saya tak mahu ganggu anak saya (di Kanada),” jelas Li.

Li mewakili ramai warga tua Cina yang kesepian dalam persaraan pada usia tua.

Tahun lepas seorang datuk berusia 77 tahun dari timur China menerbitkan  iklan dengan harapan dapat “diangkat” oleh sebuah keluarga yang dapat melayannya bercakap.

Kadar kelahiran rendah digabungkan dengan kesan dasar satu anak yang diperkenalkan pada 1979 dan dihentikan pada 2015 mewujudkan penduduk China yang semakin tua.

Laporan Persatuan Antarabangsa Gerontologi dan Geriatrics menunjukkan dasar satu anak mewujudkan struktur keluarga 4-2-1.

Dasar ini menyusahkan generasi tua kerana tidak lama lagi akan menjadi golongan pekerja kerana tiada ahli keluarga yang cukup menyokong mereka. – Sarawakvoice