MATTA sasar 4 juta pelancong China kunjungi M’sia 2017

0
3

KUALA LUMPUR: Melalui satu penerbangan setiap hari Shenzhen Airlines ke Kuala Lumpur bermula Disember ini, Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yakin sasaran menarik 4 juta pelancong China ke Malaysia mudah dicapai.

Presiden MATTA, Datuk Hamzah Rahmat berkata kemasukan semula Shenzhen Airlines ke Malaysia, selepas enam tahun mewujudkan peluang lebih luas dalam industri hospitaliti di Malaysia dan juga membantu pertumbuhan ekonomi negara.

Bercakap selepas menghadiri majlis makan malam bersama ejen pelancongan dari Shenzhen, China, Hamzah berkata MATTA juga menimbang untuk mengadakan penerbangan terus ke Pulau Pinang dan Johor Baharu.

Sementara itu, pengurus jualan Shenzhen Airlines, Wang Xizhang berkata pihaknya teruja dengan kemasukan semula Shenzhen Airlines ke negara ini.

Beliau berharap pelancong Hong Kong yang dekat dengan Shenzen dapat menggunakan khidmat penerbangan ini ke Malaysia.

Menurut Xizhang, pelancong China suka akan Malaysia kerana cuacanya, selain faktor bahasa dan makanan serta destinasi membelah-belah. – Sarawakvoice