Aleppo bermandi darah, jatuh di tangan tentera Assad

0
2

ALEPPO: Presiden Rusia Vladimir Putin pro-Assad dan Presiden Turki Tayyip Erdogan pro-pejuang Aleppo, bersepakat melakukan usaha bersama memulakan pemindahan warga awam dan kumpulan penentang Presiden Syria, Bashar al-Assad dari Aleppo Timur secepat mungkin.

Reuters melaporkan, kesepakatan tersebut dicapai melalui perbincangan melalui telefon.

Putin dan Erdogan menekankan perlunya mencegah pelanggaran kesepakatan gencatan senjata pada Selasa.

eastern-aleppo-660x330

Rancangan pemindahan pada Rabu di beberapa lokasi yang diduduki pemberontak Aleppo, terancam gagal akibat munculnya serangan udara baru yang menghentam kota tersebut.

Iran, penyokong utama Assad, mengajukan peraturan baru, mahu pihak pemberontak serta Pertubuhan Bangsa Bersatu memindahkan mangsa.

Turki menuding pasukan kerajaan Bashar melanggar gencatan senjata.

Sebelum ini, Turki berhubung dengan Iran, Rusia dan Amerika Syarikat memastikan pemindahan warga awam dan pemberontak di Aleppo dapat dilaksanakan.

Kementerian pertahanan Rusia menyebut sekitar 6,000 warga awam dan 366 pemberontak dalam 24 jam terakhir sudah berpindah.

Sementara, media milik sekutu pemerintah Syria, Hisbullah menyebut mereka yang meninggalkan Aleppo 15,000 orang termasuk 4,000 pemberontak.

Assad kini mengendalikan Aleppo secara penuh, bagi menunjukkan kekuatan tenteranya yang dibantu Rusia serta Iran dan tentera Syiah dari pelbagai wilayah.

Manakala, pemberontak anti-Assad mendapat bantuan Turki dan Amerika Syarikat serta kerajaan Teluk. – Sarawakvoice