Saturday, October 8, 2022

Suruhanjaya rasuah rampas, beku aset hampir RM190 juta sepanjang 2014-2016

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas dan membeku aset berjumlah RM185,962,819 dari 2014 hingga November 2016.

Menurut beliau daripada jumlah tersebut, aset berjumlah RM157,314,532 disita sepanjang tahun ini, selebihnya dirampas pada 2014 dan 2015.

Razali berkata, tujuan penyitaan harta berkenaan dilakukan bertujuan membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Negara, Razali terdapat lima kes rasuah didakwa di bawah AMLA tahun ini, manakala tahun lepas  lapan kes.

Untuk tahun ini sehingga November lepas, SPRM membuka 95 kertas siasatan rasuah melibatkan swasta dan penjawat awam.

SPRM komited melaksanakan tanggungjawab dan mengambil tindakan terhadap perasuah dan salah guna kuasa. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru