Kekejaman terhadap Rohingya: Aung San Suu Kyi ajak menteri luar Asean adakan mesyuarat khas

YANGON: Untuk pertama kali pemimpin de facto Myanmar memberi respons positif terhadap kecaman masyarakat antarabangsa terhadap nasib etnik minoriti Rohingya.

Aung San Suu Kyi kini meminta diadakan mesyuarat khas tidak rasmi dalam kalangan menteri luar berkaitan keganasan terhadap Rohingya oleh tentera Myanmar.

Sejak beberapa bulan lalu masyarakat Rohingya diseksa dengan ada yang disembelih, dibakar dan dirogol.

Tentera Myanmar turut membakar rumah dan masjid mereka.

Tidak tahan dengan penderitaan, sekitar 10,000 melarikan diri ke sempadan Bangladesh.

Myanmar menerima tekanan daripada negara Islam dengan rakyat di Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Thailand mengadakan tunjuk perasaan. – Sarawakvoice