Monday, August 8, 2022

Harus saya tampar terus! (mereka yang viralkan video saya)

Secara Rawak

KOTA KINABALU: “Orang yang begini … harus saya tampar terus!” itu reaksi seorang lelaki yang mendakwa dirinya pemandu bas SD9599 setelah mendapati aksi pemanduannya dirakamkan serta diviralnya di laman sosial sejak dua hari lalu.

Lelaki ini yang memiliki akaun bernama Muhammar Ghadafi Abd Gafar mendakwa dia yang memandu bas tersebut dari Kota Kinabalu menuju Semporna.

97c86bf1-5be3-474b-a8d1-a4cae79bbcb2

Dalam rakaman video tersebut, bas tersebut telah memotong sebuah bas lain, bukan sahaja di garisan berkembar bahkan di kawasan selekoh berbukit.

Ia membuatkan kenderaan di laluan bertentangan yang kebetulan melakukan rakaman terpaksa membelok dan memberhentikan kenderaan di bahu jalan bagi mengelakkan kemalangan.

Rakaman aksi buli itu ternyata tidak menyenangkan hati Muhammar sambil mendakwa tidak seorang pun daripada penumpangnya yang bising dengan corak pemanduan begitu.

“Jangan pandai-pandai, sikit-sikit komen. Penumpang saya pun kelmarin 44 orang tidak bising, ini kan lagi kamu yang tengok gambar.

“Jangan samakan suasana pemandangan dalam bas dan kereta,” katanya.

Muhammar seterusnya menulis: “Orang yang begini…harus saya tampar terus. Tengok dengan mata kamu sendiri dahulu, bukan melalui orang lain,”marahnya.

Ungkapan dan pengakuan terbuka pemandu tersebut ternyata mengejutkan banyak pihak, terutamanya masyarakat netizen di Sabah.

Semalam, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah mengesahkan mereka telah menerima laporan mengenai kes tersebut dan melalui salinan video yang diterima, mereka akan memanggil pemandu dan syarikat yang terlibat.

Pada Disember tahun lalu, sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari ke Tawau ke Kota Kinabalu telah jatuh ke dalam gaung sejauh 200 kaki di Kampung Kiau, Ranau, menyebabkan tiga penumpangnya maut. – Sarawakvoice

6d8f2ab8-4548-43ef-aa58-00b597898427

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru