Thursday, December 9, 2021

Persetujuan Opec, Bukan-Opec kurangkan pengeluaran, stabilkan harga minyak global

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Mesyuarat antara Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (Opec) dan negara Bukan-Opec di Vienna 10 Disember lepas, mencapai keputusan penting dalam usaha menstabilkan harga minyak global.

Mesyuarat berakhir dengan negara bukan Opec di Vienna bersetuju mengurangkan pengeluaran minyak kepada 1.7 juta tong sehari.

Sementara, negara Opec sendiri bersetuju mengurangkan pengeluaran bulanannya 1.2 juta tong sehari kepada 32.5 juta tong sehari bermula Januari depan.

Mengikut perjanjian itu, Opec juga mahu negara pengeluar minyak yang bukan ahli pertubuhan mengurangkan pengeluaran mereka 600,000 tong sehari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan menganggap Keputusan yang diambil ini mendatangkan  kesan positif terhadap ekonomi bagi pihak pengeluar dan pengguna, selain membantu memastikan agenda pembangunan yang berdaya maju.

Memetik Bernama, Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan selepas menghadiri mesyuarat antara Opec dan negara Bukan-Opec, bahawa, “(Malaysia) yakin harga minyak dunia yang lebih stabil dapat dicapai menerusi keseimbangan mapan antara permintaan dan penawaran, ke arah mendapatkan harga pasaran yang optimum.” – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru