Sunday, December 5, 2021

Lelaki ghaib ketika cari siput di Sungai Stubah, Kanowit

Secara Rawak

KANOWIT: Seorang lelaki ghaib ketika keluar mencari siput di Sungai Stubah, dekat sini semalam.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan, mangsa yang dikenal pasti sebagai Clement Guntur, 43 tahun, sebelum itu keluar mencari siput sejak jam 7 pagi bersama-sama rakannya dari Rumah Bala, yang terletak berhampiran sungai tersebut.

“Bagaimanapun, sekitar jam 11 pagi semalam, rakan-rakan mendapati bot mangsa hanyut tanpa berpenghuni.

“Bimbang akan keselamatan mangsa,  penduduk rumah panjang telah membuat laporan ke Balai Polis Bintangor untuk tindakan selanjutnya

Menurut Farhan, pihak polis kemudian memaklumkan kejadian kepada Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor sekitar jam 2.08 petang dan sebuah jentera serta sebuah bot dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke lokasi untuk mengaktifkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR).

“Sehingga jam 6.30 petang semalam, pasukan SAR tidak menemui sebarang petunjuk.

“Operasi SAR bersambung pagi ini,” kata Farhan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru