Tuesday, August 16, 2022

Belasah isteri kerana hidang lauk sejuk di Miri

Secara Rawak

MIRI: Seorang penternak ayam telah ditahan polis kerana memukul isterinya dengan tali pinggang dan rotan di Kampung Jagus Lambir, Miri semalam.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, suspek yang berusia 33 tahun telah memukul mangsa berusia 34 pada jam 4 petang hari Ahad lalu kerana marah dihidangkan lauk yang sejuk.

“Apabila mangsa mahu memberi anjing makan lauk yg dimasak, suspek marah dan memukul pengadu menggunakan tali pinggang dan rotan,” katanya di sini hari ini.

Leng Huat berkata, mangsa seorang suri rumah mengalami kesan lebam dan calar akibat dirotan dan dipukul dengan tali pinggang di kaki, tangan dan seluruh badan.

“Mangsa sering dipukul suspek,” katanya sambil menambah suspek kini ditahan reman tiga hari sehingga Khamis ini. – Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru