Friday, August 19, 2022

Beckham beli rumah mewah baharu RM891 juta

Secara Rawak

LOS ANGELES: Ramai yang menyimpan impian untuk membeli rumah agam.

Namun tidak banyak yang mampu memenuhinya.

TidaK demikian bagi pasangan selibriti David Beckham dan isterinya, Victoria.

Difahamkan pasangan itu akan membeli sebuah rumah mewah berharga RM891 juta di kawasan seluas 4.6 ekar.

Rumah itu dilengkapi 14 buah kamar tidur dan 27 bilik mandi, bakal membantu tugas Victoria sebagai pereka fesyen.

Rumah idaman pasangan berkenaan mengikut agensi berita dan media di sini turut mempunyai gelanggang boling, gym dan kolam renang, selain garaj dan ruang yang dapat memuatkan 100 kereta.

Pasangan yang berkahwin pada 1999 itu dilaporkan akan menjual rumah mereka di Bel Air bernilai RM133 juta. – Sarawakvoice

rumah-ah-beck

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru