ALOR SETAR: Pada peringkat awal, di beberapa negeri di utara Malaysia sekitar 35,000 pekebun kecil getah sedia mengusahakan tanaman guarana di tanah seluas sekitar 4,000 hektar.

Projek ini menjadi perintis bagi cita-cita menjadikan Malaysia negara pengeluar terbesar guarana, bahan asas untuk produk minuman kesihatan, ubatan herba dan bahan kecantikan di Asia.

Risda diwakili Ahli Pihak Berkuasa Senator Shahanim Mohamad Yusoff memeterai Memorandum Persefahaman dengan Ritz Guarana Plantation Holdings Berhad diwakili Pengarah Urusan Datuk Ibrahim Yahya.

Projek tanaman guarana yang mendapat permintaan tinggi di Taiwan, Korea dan Jepun itu akan bermula Januari depan.

Risda membekalkan biji benih yang dibawa oleh Ritz dari Brazil, untuk ditanam secara komersial di negara ini.

Menurut laporan Bernama, pekebun diberi khidmat nasihat dan panduan berkaitan penanaman dan hasilnya dijual semula kepada Risda pada harga RM200 sekilogram.

Beliau berkata tanaman itu senang dijaga dan setiap pekebun hanya memerlukan modal permulaan sekitar RM50,000 untuk sekali pusingan tanaman dengan pulangan sekitar RM250,000 bagi setiap ekar tanaman.

Kajian pihak Ritz mendapati guarana sangat sesuai ditanam di Malaysia dan ia diproses di kilang Ritz di Pulau Pinang untuk dieskport. – Sarawakvoice