Saturday, December 3, 2022

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Betong di Kabong berlangsung meriah dan penuh warna-warni

Secara Rawak

KABONG: Majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Betong yang berpusat di Kabong hari ini berlangsung meriah dan penuh warna-warni dengan turut disertai oleh wakil-wakil daripada kaum lain.

Upacara sambutan berkenaan bermula dengan perhimpunan kontijen terlibat di hadapan pentas utama bermula seawal jam 7 pagi dengan penghakiman sepanduk dimulakan oleh panel hakim yang terlibat.

Sebelum perarakan bermula majlis perasmian sambutan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 40 Kabong, Mohd Chee Kadir.

Kemudiannya pada jam 8.30 pagi peserta berarak mengelilingi kawasan kampung dan berakhir di pekarangan Masjid Assabirin Kabong.

Perarakan berkenaan diketuai oleh Pegawai Daerah Kabong, Kamaludin Haji Alkap.

ADUN Kabong, Mohd Chee Kadir, Residen Bahagian Betong Datu’ Romie Sigan Daniel serta tetamu jemputan khas yang lain turut serta dalam perarakan berkenaan.

Perarakan berakhir di pekarangan Mashid Assabirin Kabong yang seterusnya di susuli dengan majlis zikir Maulidur Rasul.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan sepanduk dan perbarisan kontijen seterusnya menjadi acara kemuncak sambutan pada tahun ini.

Malam tadi turut diadakan Forum Hal Elwal Islam Maulidur Rasul.

Manakala pada malam ini akan diadakan Pertandingan Zikir Marhaban yang akan dilangsungkan bermula jam 8.30 malam.

Mohd Chee Kadir yang ditemui hari ini menzahirkan rasa kagum dengan penglibatan peserta yang begitu ramai.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua tenaga kerja yang terlibat menjayakan program dan juga kepada semua kontijen dan penduduk yang mengambil bahagian dalam sambutan pada tahun ini. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru