Porno: Waspada anak guna telefon pintar, jangan sampai akses

0
15

KUCHING: Ibu bapa perlu waspada dan memantau penggunaan serta aplikasi telefon pintar anak masing-masing.

“Kita mempunyai pelbagai telefon pintar, tapi jangan sesekali lalai dan biarkan anak dengannya, perlu sentiasa diawasi,” ujar Setiausaha Tetap Kementerian Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datin Megir Gumbek

Menurut Megir, ada kala kanak-kanak tertekan aplikasi atau laman sesawang yang kurang sesuai untuk mereka misalnya mengandungi unsur keganasan atau pornografi yang memberi kesan negatif.

“Perkara ini perlu diambil serius kerana anak merupakan pemimpin masa depan Sarawak,” kata Megir lagi.

Semasa merasmikan Karnival Kanak-Kanak Taska sempena Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Sarawak, beliau turut memuji penganjuran karnival ini.

Menurut beliau kanak-kanak seawal tiga tahun perlu diasah bakat dan dibina keyakinan diri pada usia muda.

Pendidikan menggunakan otak kiri kanak-kanak yang mengasah kreativiti juga sama penting dengan pendidikan akademik.

Melalui aktiviti yang diadakan, kanak-kanak juga dapat berinterkasi dengan bergaul sesama rakan sebaya. – Sarawakvoice