Monday, August 8, 2022

Serangan bom di luar stadium di Istanbul cederakan 20 polis, api menjulang bagai dalam neraka

Secara Rawak

ISTANBUL, Turki: Sekurang-kurangnya 20 cedera dalam serangan bom kereta yang menyasarkan anggota polis di tengah kota Istanbul, kata Menteri Dalam Negerinya.

Letupan tersebut berlaku di luar stadium Arena Vodaphone milik kelab bolasepak Besiktas, ketika perlawanan menentang kelab Bursaspor berlangsung hari ini.

Menurut sumber rasmi, kebanyakan yang cedera merupakan pegawai dan anggota polis, memandangkan kenderaan berisi bom tersebut diparkir dan diletupkan di sebelah bas polis.

turki-kena-bom-lagi

Saksi berkata, mereka mendengar bunyi letupan diikuti dengan tembakan senjata. Asap juga kelihatan di kawasan letupan manakala siren polis berkejar ke lokasi bagi mengepung kawasan kejadian.

Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Solu mengesahkan kejadian tersebut sebagai satu serangan.

Bercakap keoada agensi berita tempatan, Anadolu Agency, beliau berkata serangan itu disasarkan kepada lokasi di mana pasukan khas polis ditempatkan.

“Ia berlaku sebaik sahaja perlawanan bola sepak tersebut tamat, berhampiran laluan penyokong Bursaspor keluar .“ Kita belum menerima sebarang laporan kematian. Dan kita berharap tidak akan ada yang maut. Ketika ini, semua yang cedera adalah anggota polis.

“Yilmiz yang bekerja sebagai pencuci di masjid berdekatan memberitahu Reuters: “ Ia umpama api dalam neraka. Api menjulang tinggi ke angkasa.

“Saya sedang minum teh di kafe yang terletak bersebelahan dengan masjid ketika ledakan berlaku. Orang ramai bersembunyi di bawah meja dan terdapat wanita menangis ketakutan.

“Malah penyokong bola sepak yang sedang minum teh juga berlari mendapatkan perlindungan. Keadaan begitu kucar-kacir.

Kejadian yang menjadi trauma ini berlaku selang dua bulan selepas sebuah bom meledak di luar sebuah balai polis di sini, yang mencederakan sekurang-kurangnya 10 mangsa.

Pada Jun, sebutir bom yang mensasarkan bas polis mengorbankan 10 nyawa dan mencederakan 51 yang lain manakala tiga minggu kemudian, seorang penyerang menembak mati 45 orang di Lapangan Terbang Ataturk. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru