Polis tangkap 4 orang  rancang ledakkan Istana Presiden Indonesia

0
3

JAKARTA: Polis Indonesia menangkap empat orang, seorang wanita dan tiga lelaki dipercayai  merancang untuk menyerang Istana Presiden menggunakan bom yang diisi di dalam periuk.

Polis percaya mereka merancang untuk mengebom istiadat pertukaran pengawal Istana Presiden hari ini, yang menjadi tarikan pelancong.

Difahamkan bom berkenaan memiliki daya ledak tinggi kerana ia memiliki ukuran cukup besar yakni mencapai tiga kilogram.

bom-istana00

Apabila bom tersebut berhasil diledakkan oleh terduga teroris di ruang terbuka, kecepatan daya ledak dapat mencapai 4,000 kilometer sejam.

Selain itu, ledakan juga dapat menghancurkan bangunan hingga benda yang berada dalam lingkungan sekitar 300 meter.

Suspek ditahan dalam serbuan di pinggir bandar ini dan di Solo, Jawa Tengah, semalam.

Media di sini melaporkan  tersangka ialah anggota kumpulan militan yang terbabit dalam serbuan pihak berkuasa di sebuah makmal membuat bom di barat Jawa.

Mereka dipercayai bertindak atas arahan Bahrun Naim, warga Indonesia yang menyertai Daesh di Syria.

Namun, komplot itu digagalkan selepas polis Indonesia memperketatkan pengawasan ke atas wanita yang disyaki ada jaringan dengan pengganas.

Ketua Polis Bekasi di Jakarta, Umar Surya Fana dipetik sebagai berkata, kumpulan militan itu diletakkan dalam perhatian pasukan antikeganasan ketika ketiga-tiganya dalam perjalanan dari Solo ke Jakarta. – Sarawakvoice

bom-istana01